About Me

My photo
This is my PERSONAL BLOG. Co-founder of RossuStudios-JM0643374-X. A unique brand of photography which specific on wedding, event, sport & landscape photography. I'm very passionate photographer and ambitious. From a designer of animation software to a full-time photographer. Anything you want ask about my photography just dial my number or if you shy you can send by email :-) Thanks for visiting my blog and please come back often.

Saturday, August 14, 2010

Vertorama Fotografi

Kita sering dengar dari kalangan pengemar fotografi dengan perkataan "panorama" atau "pemandangan" atau apa sahaja yang berkaitan fotografi landskap. Tetapi pernahkan anda dengar dengan perkataan "vertorama"? Bagi saya sendiri agak jarang sekali mendengar perkataan itu.

Ok, vertorama adalah salah satu dari cabang fotografi landskap, sama juga seperti panorama. Akan tetapi ada perbezaan yang ketara diantara kedua-dua cabang fotografi tersebut. Vertorama adalah gabungan teknik dan juga perkataan didalam bahasa Inggeris iaitu "vertical" dan "panorama". Teknik vertical atau menegak digunakan untuk mengambil gambar pemandangan atau landskap.

Teknik tradisional untuk gambar pemandangan adalah secara melintang atau horizontal. Tetapi dengan kreativiti sekarang pelbagai gaya telah digunakan untuk menjadikan gambar pemandangan tersebut tetap menarik. Maka dengan itu terhasillah teknik vertorama untuk pemandangan.

Photobucket
Photobucket

Sebagai contoh, gambar di atas menunjukkan gambar pemandangan yang diambil secara teknik vertorama.

All contents and photos are under ©2009 copyright RosliFoto.Founder of FotoRepublic™

1 comment:

Zakri said...

thanks for the info dude....sgt berguna. next time blh try sendiri...