About Me

My photo
This is my PERSONAL BLOG. Co-founder of RossuStudios-JM0643374-X. A unique brand of photography which specific on wedding, event, sport & landscape photography. I'm very passionate photographer and ambitious. From a designer of animation software to a full-time photographer. Anything you want ask about my photography just dial my number or if you shy you can send by email :-) Thanks for visiting my blog and please come back often.

Thursday, January 15, 2009

Rizki ILmi Cafe

Seminggu yang lepas, kawan aku ada offer pada aku untuk amek gambar cafe dia yang akan dibuka beberapa hari lagi di Taman Mawar, Pasir Gudang. Nama kafe tersebut adalah Tujuannya untuk membuat pengiklanan, hiasan dalaman dan juga koleksi simpanan. So, petang semalam selepas dari kerja aku terus bergegas ke sana. Hmm..agak menarik juga kafe ni [tanggapan pertama aku ] walau hakikatnya banyak lagi yang perlu dilakukan oleh dia jika ingin serius dalam perniagaan ini.

Selepas amek gambar, aku dijamu plak dengan hidangan yang cukup sedap oleh beliau tapi aku lupa plak nama menu tu, soryy... Memang puas hati, disaji plak dgn desert kek coklat, waduhh...enak sekali :-)

Aku wish to him, good luck my friend.

Client : Rizki ILmi Cafe

Address : No.52A, Jalan Mawar 46, Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor.

Photo by : Rosli Arof [ ShutterAddict ]

All contents and photos are under copyright of SHUTTERADDICT.com

Wednesday, January 14, 2009

Rumah Tinggal...

Di sebelah rumah aku di kampung Sawah, ada sebuah rumah usang yang telah ditinggalkan oleh tuan rumah atas sebab2 yang aku sendiri tak tahu kenapa... Kalo aku tahu sebabnya sekalipun, peduli hapa kau diaorang nak duduk situ atau tidak. Rumah ni takdelah sunyi atau usang sgt tp kalo memalam tu seramlah jugak tgk rumah tu, maklumlah gelap...[ cover line ] 

Terlanjur aku blk kampung masa tu, aku round la kawasan rumah tu. Alamak, berkunci plak pintunya.. Dari tingkap yang telah pecah cerminnya, aku try shot beberapa keping gambar dgn harapan lepas aku edit nti, cantiklah gambar ni, hopefully... So, tgklah sendiri dan nilailah mcmana hasilnya...

All contents and photos are under copyright of SHUTTERADDICT.com

Adventure!!!

Last weekend adalah hari yang paling memenatkan! Penat gila!! Sabtu pagi, seawal 6 pagi lagi aku telah keluar rumah untuk ke Melaka dan selewat 6 ptg aku gerak balik ke Kg Melayu, JB.

Sampai rumah dalam pukul 9 malam. Sampai rumah, mandi dan bersiap pergi kenduri pula rumah kakak aku kat Bakar Batu sampai pkl 1 pagi. Siap kenduri dan berkemas apa yang patut, aku gerak balik ke Pekan Nanas, Pontian. badan dah flat gila ni tp gagahkan jgk... Sebab besok pagi pkl 8 pagi aku naik semula ke Melaka! 


Pergh!!!! Badan dah totally flat tp nak tak nak, gagahkan jugak walaupun nak tumbang.. Pukul 7 ptg gerak balik ke Pekan Nanas, Pontian. Sampai rumah dalam lbh kurang pukul 10 mlm...Arghh!!!! Gila Adventure ni...

All contents and photos are under copyright of SHUTTERADDICT.com

Tutorial Fotografi

Diruangan ini kami ada berkongsi serba sedikit ilmu mengenai fotografi. Apa yang kami sampaikan adalah berdasarkan dari pengalaman, pembelajaran dan cetusan idea dari kami untuk dikongsi bersama pengemar fotografi. Maaf sekiranya apa yang kami cuba sampaikan ini tidak jelas atau kurang betulnya dari segi taktik atau teknik. Kami cuma pengemar fotografi di Malaysia ini.

Diharap apa yang kami ingin kongsi ini dapat dimanfaatkan untuk tujuan memajukan bidang ini dimasa akan datang.

- Slow Shutter
- Close-up Teknik
- Vertorama Fotografi
- Photobook Design

All contents and photos are under ©2009 copyright RosliFoto.Founder of FotoRepublic™

Monday, January 5, 2009

Outing @ Jetty Rambah, Pontian.

Hujung minggu yang lepas, saya dan beberapa orang kawan dari SHUTTERADDICT.com telah ke Jeti Pantai Rambah di Pontian. Tujuannya adalah untuk fotografii luar untuk simpanan peribadi. Sebab kenapa jeti itu dipilih adalah kerana jeti di Pantai Rambah masih mengekalkan sifat2 tradisional seperti penggunaan kayu untuk laluan pejalan kaki dan juga tangga. Antara hasil yang dibawa pulang adalah seperti :

All contents and photos are under copyright of SHUTTERADDICT.com

Friday, January 2, 2009

New Logo For SHUTTERADDICT PhotoGraphy

Logo Rasmi

Ini adalah logo rasmi yang dihasilkan untuk satu jenama perkhidmatan fotografi di Johor Bahru dan Malaysia secara amnya. Bermula pada 1 Jan 2009, penggunaan logo ini akan dikuatkuasakan bagi membuktikan yang pihak SHUTTERADDICT begitu serius dalam memberi perkhidmatan fotografi yang terbaik. Kepada yang tidak berkenaan, penggunaan logo ini secara terang-terangan atau tersembunyi tanpa mendapat keizinan bertulis dari pihak SHUTTERADDICT adalah dilarang sama sekali.

Contoh T-shirt SHUTTERADDICT PhotoGraphy

All contents and photos are under copyright of SHUTTERADDICT.com