About Me

My photo
This is my PERSONAL BLOG. Co-founder of RossuStudios-JM0643374-X. A unique brand of photography which specific on wedding, event, sport & landscape photography. I'm very passionate photographer and ambitious. From a designer of animation software to a full-time photographer. Anything you want ask about my photography just dial my number or if you shy you can send by email :-) Thanks for visiting my blog and please come back often.
Showing posts with label landscape photography. Show all posts
Showing posts with label landscape photography. Show all posts

Friday, October 29, 2010

Aur Island/Pulau Aur @ Mersing, Johor.

Minggu yang lalu saya dan isteri telah mengunjungi Pulau Aur dan juga Pulau Dayang yang terletak di perairan Mersing, Johor. Pulau-pulau tersebut adalah antara pulau yang sangat popular kepada para penyelam samada dari dalam atau luar negara. Dengan ketenangan dan kejernihan airnya yang menghijau, dasar laut di Pulau Aur dan Pulau Dayang merupakan syurga kepada terumbu karang dan hiduppan laut seperti ikan-ikan.

Walaupun perjalanan menaiki bot atau feri ke pulau tersebut agak lama iaitu hampir 6 jam jika menggunakan bot biasa dan 4 jam jika menggunakan feri. Semangat untuk kesana sentiasa berkobar setelah selalu mendengar tentang keindahan pulau-pulau tersebut dari mereka yang pernah mengunjunginya sebelum ini.

Tetapi agak menggecewakan sedikit kerana cuaca jerebu yang melanda johor pada masa ini menjejaskan pemandangan di pulau-pulau tersebut. Suasana malam juga agak suram kerana tiada kelihatan bulan atau bintang dilangit. Apapun, percutian ini sungguh berbaloi...
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

All contents and photos are under ©2009 copyright RosliFoto.Founder of FotoRepublic™

Wednesday, September 8, 2010

Salam Aidilfitri

Ramadhan sudah sampai kepenghujungnya, jika panjang umur kita insyallah tahun depan berjumpa lagi. Kami dari FotoRepublic ingin mengambil kesempatan pada hari ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya yang bakal tiba beberapa hari saja lagi. Kami juga memohon sejuta kemaafan kepada semua kenalan dan sahabat handai, serta kepada sesiapa juga yang mengenali FotoRepublic. Harap dihalalkan segala yang termakan dan terminum.

Akhir kata dari kami "Salam Aidlfitri, Maaf Zahir & Batin"
Berhati-hati semasa memandu, semoga berbahagia di Aidilfitri...

Wassalam...

Selamat Hari Raya...

All contents and photos are under ©2009 copyright RosliFoto.Founder of FotoRepublic™

Friday, September 3, 2010

Ekspedisi Gunung Pulai

Beberapa hari yang lepas dalam bulan Ramadhan, aku dan beberapa orang sahabat photographer telah melakukan satu ekspedisi mencari matahari dan juga mencari air tejun di Gunung Pulai yang terletak di Kampung Maju Jaya, Pekan Nanas. Ekspedisi bermula selepas subuh lebih kurang pukul 6 pagi. Akan tetapi agak lewat skit kami bertolak oleh kerana hari hampir hujan dan gerimis telah turun pada pagi itu, hampir juga dibatalkan programnya.

Tiba dilokasi sekitar jam hampir ke pukul 7 pagi, matahari juga sudah separuh kelihatan di balik Gunung Pulai. Dapat juga kami 3, 4 keping gambar matahari terbit pada pagi itu, tidaklah terlalu kecewa.
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Setelah selesai dilokasi pertama, kami bergerak kelokasi seterusnya iaitu ke Air Terjun Gunung Pulai yang mengambil masa kira-kira 15minit perjalanan. Jalan yang agak berliku di sebalik kawasan kampung dan kebun kelapa sawit. Apabila sampai kawasan air terjun tersebut agak sunyi kerana masih awal pagi dan kebetulan bulan puasa. Ini memudahkan kami untuk bergerak bebasa dan mencari sudut-sudut atau lokasi-lokasi yang difikirkan sesuai untuk mengambil gambar.
Photobucket
Photobucket
Photobucket

All contents and photos are under ©2009 copyright RosliFoto.Founder of FotoRepublic™

Tuesday, October 20, 2009

Silhouette At Danga Bay

Ahad yang lepas, aku tiada tugasan untuk minggu ini. Cuma ada beberapa perkara yang perlu aku hadir atau lakukan. Alhamdulilah sebahagiannya telah selamat aku buat dan yg selebihnya akan disambung lain kali. Oleh kerana agak lapang masanya, aku mencari idea untuk mengisi masa yang terluang itu.

Sunset In LOMO?
I Dont Know...

All contents and photos are under copyright of © RosliFoto™

Monday, January 5, 2009

Outing @ Jetty Rambah, Pontian.

Hujung minggu yang lepas, saya dan beberapa orang kawan dari SHUTTERADDICT.com telah ke Jeti Pantai Rambah di Pontian. Tujuannya adalah untuk fotografii luar untuk simpanan peribadi. Sebab kenapa jeti itu dipilih adalah kerana jeti di Pantai Rambah masih mengekalkan sifat2 tradisional seperti penggunaan kayu untuk laluan pejalan kaki dan juga tangga. Antara hasil yang dibawa pulang adalah seperti :

All contents and photos are under copyright of SHUTTERADDICT.com

Tuesday, December 30, 2008

High Dynamic Range - HDR

Entry kali ini berkenaan salah satu teknik olahan gambar yang cukup popular kebelakangan ini. Teknik yang dimaksudkan adalah HDR atau High Dynamic Range. Menggunakan sumber photo dari exposure yang berlainan sebanyak 3, 5 atau 7 keping. Kemudian gambar yang dihasilkan dengan berlainan exposure itu akan diedit menggunakan perisian Photomatix mengikut kesesuaian. Setelah itu barulah dipindah ke perisian Photoshop untuk proses akhir seperti Level editting dan menletak Border. Diantara hasil HDR dari koleksi aku adalah :

All contents and photos are under copyright of SHUTTERADDICT.com