Minggu yang lalu saya dan isteri telah mengunjungi Pulau Aur dan juga Pulau Dayang yang terletak di perairan Mersing, Johor. Pulau-pulau tersebut adalah antara pulau yang sangat popular kepada para penyelam samada dari dalam atau luar negara. Dengan ketenangan dan kejernihan airnya yang menghijau, dasar laut di Pulau Aur dan Pulau Dayang merupakan syurga kepada terumbu karang dan hiduppan laut seperti ikan-ikan.
Walaupun perjalanan menaiki bot atau feri ke pulau tersebut agak lama iaitu hampir 6 jam jika menggunakan bot biasa dan 4 jam jika menggunakan feri. Semangat untuk kesana sentiasa berkobar setelah selalu mendengar tentang keindahan pulau-pulau tersebut dari mereka yang pernah mengunjunginya sebelum ini.
Tetapi agak menggecewakan sedikit kerana cuaca jerebu yang melanda johor pada masa ini menjejaskan pemandangan di pulau-pulau tersebut. Suasana malam juga agak suram kerana tiada kelihatan bulan atau bintang dilangit. Apapun, percutian ini sungguh berbaloi...
All contents and photos are under ©2009 copyright RosliFoto.Founder of FotoRepublic™
About Me
- Rosli Arof
- This is my PERSONAL BLOG. Co-founder of RossuStudios-JM0643374-X. A unique brand of photography which specific on wedding, event, sport & landscape photography. I'm very passionate photographer and ambitious. From a designer of animation software to a full-time photographer. Anything you want ask about my photography just dial my number or if you shy you can send by email :-) Thanks for visiting my blog and please come back often.
No comments:
Post a Comment