Salam para pembaca...
Pada beberapa posting yang lepas, saya ada membuat beberapa tutorial mengenai teknik-teknik fotografi dengan serba ringkas. Antara tekniknya adalah seperti "close-up, vertorama dan slow shutter". Terima kasih atas segala maklum balas yang saya terima dan maaf jika terdapat banyak kekurangan pada tutorial tersebut.
Untuk posting kali ini pula saya akan menyentuh mengenai rekaan Photobook. Ramai jurugambar diluar sana tahu apa itu photobook dan bagaimana hendak menghasilkan rekaannya. Akan tetapi ada jug ayang masih belum biasa melihat dan menghasilkan photobook. Rekaannya mudah, ringkas dan kualitinya juga amat baik jika kita pandai memilih jenis kertas dan setting warna yang bertepatan.
Merekabentuk photobook ini tidak sama seperti kita mereka storybook atau custom album. Jika pada storybook kita mereka 2 mukasurat pada satu fail akan tetapi photobook memerlukan 1 muka surat sahaja untuk 1 fail gambar. Jika saiz photobook anda 8inci x 12inci, saiz fail yang perlu anda setting juga adalah 8inci x 12inci. Tidak seperti storybook saiz fail akan menjadi 8inci x 24inci kerana 2 muka surat akan dicantumkan menjadi 1 fail. Disni saya akan terangkan langkah-langkah dengan lebuh ringkas.

Aturcara merekabentuk :
1- Buat "new file" dengan saiz photobook yang anda kehendaki dengan "resolution" yang agak tinggi.
2- Bahagikan bahagian antara "work area" anda dengan "space area" jika rekaan anda memerlukan ruang kosong. Saya memerlukan sapce area yang kosong di atas dan juga di bawah agar photobook saya akan kelihatan seperti menonton wayang apabila melihat gambar di dalamnya. Rekaan pada tahap ini terpulang pada anda samada hendak rekaan penuh ataupun separuh saja.
3- Kemudian pilih gambar yang sesuai dan drag gambar tersebut ke dalam fail yang telah di setting. Resize gambar tersebut mengikut kreativiti anda. Kemudian guna tool "rectangular marquee tool" (arrow merah) untuk crop gambar tersebut mengikut "line area" yang telah anda tetapkan.
4- Setelah itu, gambar yang telah anda crop tadi bolehlah diedit mengikut citarasa anda sebagai seorang pereka untuk mendapatkan hasil yang baik dari segi rekaan album. Apabila siap edit gambar tersebut, maka siaplah 1 muka surat untuk photobook. Ulang kembali langkah-langkah tadi untuk muka surat yang seterusnya sehingglah ke muka surat akhir.
Selamat mencuba....terima kasih :-)
All contents and photos are under ©2009 copyright RosliFoto.Founder of FotoRepublic™
1 comment:
bro guna software apa?..kalu kita nk edit mesti kena sama software ngan kedai yg nk print kan??
Post a Comment