About Me

My photo
This is my PERSONAL BLOG. Co-founder of RossuStudios-JM0643374-X. A unique brand of photography which specific on wedding, event, sport & landscape photography. I'm very passionate photographer and ambitious. From a designer of animation software to a full-time photographer. Anything you want ask about my photography just dial my number or if you shy you can send by email :-) Thanks for visiting my blog and please come back often.

Thursday, December 15, 2011

Wedding Zharif & Nana

10.11.2011 Zharif & Nana telah selamat di ijabkabulkan di Masjid Pasir Gudang. Dengan sekali lafaz mereka bergelar suami dan isteri. Yang menarik semasa majlis pernikahan mereka adalah, bukan hanya mereka berdua sahaja yang dinikahkan pada masa itu tetapi seramai 6 pasang pengantin dari kawasan sekitar telah dinikahkan bersama-sama mereka. Majlis menjadi amat sesak di dalam masjid dan suasana agak meriah. Akan tetapi mujurlah Tok Kadi dapat mengawal keadaan agar adab sopan tetap dijaga semasa berada di dalam masjid. Rumah ibadah dan juga rumah Allah, oleh itu kesuciannya haruslah kita sama-sama menjaganya agar kehormatan agama Islam itu tidak tercemar.
Dan pada sebelah malamnya pasangan pengantin diraikan dengan majlis berinai dan menepung tawar. Saudara mara dari pengantin lelaki dan perempuan bersilih ganti menepung tawar seri pengantin mengikut adat dan tradisi warisan bangsa Melayu.
Pada keesokan harinya 11.12.2011 majlis besar-besaran iaitu majlis bersanding dilangsungkan menyambut raja sehari. Dengan persalinan bertemakan ungu dan hitam pasangan raja sehari begitu secocok dan sepadan di atas singgahsana pelamin. Pasangan raja sehari ini diraikan dengan ucapan tahniah dan kesyukuran dari sanak saudara dan juga sahabat handai. Semoga pasangan Zharif dan Aswana berpanjangan jodohnya dan cepat-cepat dapat baby :-)
Selamat Pengantin Baru...








All contents and photos are under ©2011 copyright RosliFoto.

No comments: