Menu

About Me

My Photo
A new brand of photography which specific on wedding, event, sport & landscape photography. Very passionate photographer and ambitious. Thanks for visiting my blog and please come back often.

Tuesday, August 24, 2010

Slow Shutter Technic

Teknik Shutter Perlahan atau Slow Shutter sangat popular dikalangan ahli fotografi di serata dunia. Teknik ini biasanya digunakan untuk merakam gambar-gambar air terjun, ombak di pantai, benda-benda yang bergerak atau berputar atau juga semasa merakam aksi sukan seperti lumba kereta. Bergantung kepada kreativiti dan kepakaran seseorang jurufoto itu untuk mendapatkan hasil gambar terbaik dari teknik ini.

Teknik ini sangat mudah untuk dipraktikkan akan tetapi tidak pada semua keadaan, sebagai contoh, ianya mudah dipraktikkan pada waktu malam tanpa menggunakan filter lensa. Akan tetapi jika ingin dilakukan pada waktu siang penggunaan filter khas adalah diperlukan. Jika tidak gambar akan kelihatan "over exposure" atau menjadi putih. Filter yang dimaksudkan seperti filter ND400.

Contoh filter ini dari jenama Hoya ND400

Filter seperti ini mempunyai permukaan kaca yang sangat gelap untuk menghalang kemasukkan cahaya yang banyak kedalam sensor kamera dan akan memperlahankan penutupan shutter. Dengan menggunakan filter jenis ini barulah teknik slow shutter dapat dipraktikkan pada siang hari.

Akan tetapi jika teknik tersebut dilakukan pada malam hari atau pada suasana yang gelap, ia dapat dipraktikkan tanpa menggunakan filter khas. Hanya setting pada kamera, cari lokasi dan komposisi yang sesuai dan mula memetik shutter. Cahaya neon pada waktu malam juga akan menjadi cantik hasil dari teknik slow shutter.
Photobucket
Setting yang digunakan untuk merakam gambar diatas adalah :
Shutter speed : 8.0 saat
Program : Manual
Aperture value : f28
ISO speed rating : 100

Time : early morning [ 6.30am ]


Photobucket
Exposure Program : Manual
Shutter speed : 15 saat
Aperture value : f32
ISO speed rating : 100

Time : early morning [ 6.30am ]


All contents and photos are under ©2009 copyright RosliFoto.Founder of FotoRepublic™

Saturday, August 14, 2010

Vertorama Fotografi

Kita sering dengar dari kalangan pengemar fotografi dengan perkataan "panorama" atau "pemandangan" atau apa sahaja yang berkaitan fotografi landskap. Tetapi pernahkan anda dengar dengan perkataan "vertorama"? Bagi saya sendiri agak jarang sekali mendengar perkataan itu.

Ok, vertorama adalah salah satu dari cabang fotografi landskap, sama juga seperti panorama. Akan tetapi ada perbezaan yang ketara diantara kedua-dua cabang fotografi tersebut. Vertorama adalah gabungan teknik dan juga perkataan didalam bahasa Inggeris iaitu "vertical" dan "panorama". Teknik vertical atau menegak digunakan untuk mengambil gambar pemandangan atau landskap.

Teknik tradisional untuk gambar pemandangan adalah secara melintang atau horizontal. Tetapi dengan kreativiti sekarang pelbagai gaya telah digunakan untuk menjadikan gambar pemandangan tersebut tetap menarik. Maka dengan itu terhasillah teknik vertorama untuk pemandangan.

Photobucket
Photobucket

Sebagai contoh, gambar di atas menunjukkan gambar pemandangan yang diambil secara teknik vertorama.

All contents and photos are under ©2009 copyright RosliFoto.Founder of FotoRepublic™

Tuesday, August 3, 2010

Close-up

Close-up adalah salah satu dari teknik fotografi yang agak popular juga dikalangan para Jurugambar. Teknik ini mudah saja untuk diaplikasikan dan lebih menarik hasilnya jika dilakukan dengan lensa yang menpunyai bukaan aperture yang besar nilainya seperti f2.8 - f1.2 dari mana-mana jenama lensa yang terdapat dipasaran. Kadar focal length pula tidak semestinya panjang atau jauh cukuplah sekadar17-50mm atau 50mm mengikut keselesaan jurugambar.

Di sini juga ada beberapa keping gambar dari teknik close-up untuk rujukkan. Dengan menggunakan lensa 17-50mm f2.8 sahaja.

Photobucket
Photobucket
Photobucket

All contents and photos are under ©2009 copyright RosliFoto.Founder of FotoRepublic™