About Me

My photo
This is my PERSONAL BLOG. Co-founder of RossuStudios-JM0643374-X. A unique brand of photography which specific on wedding, event, sport & landscape photography. I'm very passionate photographer and ambitious. From a designer of animation software to a full-time photographer. Anything you want ask about my photography just dial my number or if you shy you can send by email :-) Thanks for visiting my blog and please come back often.

Thursday, July 31, 2008

Thanks For Everything...

Hari ini 31 Julai 2008 adalah hari terakhir aku berkerja di syarikat Roselle Em Biz. Perletakkan jawatan aku sebagai Pereka Grafik di syarikat ini adalah atas kehendak aku sendiri. Notis selama 14 hari atau 2 minggu telah kuserahkan kepada pihak pengurusan pada minggu-minggu yang lepas. Hari ini adalah yang terakhir walaupun hati aku agak berat tapi demi masadepan dan kepuasan sendiri aku nekad buat keputusan.

Keputusan ini bukan mudah hendak aku buat, lebih-lebih lagi ianya melibatkan sesuap nasi yang perlu aku suap kemulutku sendiri pada setiap hari. Keputusan yang melibatkan hidup aku secara keseluruhannya. Memang betul rezeki Allah ada dimana-mana, yang penting usaha. Aku pegang kata-kata itu, insyallah ada rezeki untuk aku dan juga rezeki kereta aku...

Aku nekad dengan keputusanku kerana aku ingin mengejar apa yang aku cita-citakan. Menjadi seorang Jurugambar sepenuh masa, insyallah. Puncaknya dah kelihatan cuma jalan hendak keatas yang perlu aku tebas dan cantas. Jika tiada paya atau sungai yang menghalang redah ku, alhamdulilah... Tetapi jika berliku juga denai yang bakal aku lalui itu, aku akan jadikan ia sebagai satu panduan dan peringatan. Sesungguhnya setiap yang berlaku itu penuh dengan pengajaran samada baik atau buruk, senang atau susah.

Apa yang aku perlukan sekarang ini adalah semangat, sokongan dan doa dari kawan-kawan dan diri sendiri. Tekad dan yakin dengan yang bakal aku lakukan ini sentiasa membara, mudah-mudahan takkan padam separuh jalan.

"Ya Allah, Ya Tuhanku. Permudahkanlah perjalananku ini. Amin..."

Buat kekawan di Roselle Em Biz, terima kasih untuk segalanya. Thanks for being my friends...
[p/s : saje je ayat kat atas ni, baru nak pandai susun ayat :) Jurugambar, tahun depan kot.wahahaha....]

1 comment:

aminur said...

satu tindakan yang berani........tahniah!

selamat maju jaya aku doakan untuk kau bro!

jangan kedekut untuk bersedekah walaupun dengan satu senyuman....itu pintu segala rezeki.

keep on smiling & tingkatkan ilmu lagi.

jangan tinggal solat!


salam.