About Me

My photo
This is my PERSONAL BLOG. Co-founder of RossuStudios-JM0643374-X. A unique brand of photography which specific on wedding, event, sport & landscape photography. I'm very passionate photographer and ambitious. From a designer of animation software to a full-time photographer. Anything you want ask about my photography just dial my number or if you shy you can send by email :-) Thanks for visiting my blog and please come back often.
Showing posts with label Photo Editting. Show all posts
Showing posts with label Photo Editting. Show all posts

Saturday, December 31, 2011

Wedding Day : Amer&Shera

Amer dan Shera, pasangan pengantin baru yang menutup tirai tahun 2011 dengan kenangan manis iaitu majlis pernikahan mereka di Senggarang, Batu Pahat, Johor. Di rumah pengantin perempuan, lafaz akad disambut sekali oleh pengantin lelaki. Kini sah mereka berdua, Amer dan Shera pasangan pengantin baru.
Yang menarik pada majlis mereka adalah tarikh yang dipilih iaitu hari Sabtu, 31hb Disember 2011 adalah hari terakhir dalam tahun 2011 dan telah menjadi hari pertama dalam hidup mereka bergelar suami isteri. Dan persandingan mereka pula adalah pada hari Ahad, 1hb Januari 2012, hari pertama untuk tahun 2012 dan hari yang penuh bersejarah bagi pasangan Amer dan Shera.
Walau apapun juga harinya semoga mereka berdua sentiasa dalam jagaan Illahi dan semoga sentiasa berbahagia dalam melalui ragam hidup berumahtangga. 
Selamat Pengantin Baru...




All contents and photos are under ©2011 copyright RosliFoto.

Monday, November 16, 2009

StoryBook Design | Shahrul & Nurul

Dari awal bulan November sehinggalah ke hari ini aku memang busy ya amat dengan kerja-kerja yang berlambak tak sudah-sudah. Alhamdulilah mungkin hendak dimurahkan rrezeki agaknya. Dari kerja mengedit gambar, design buku teks, developed CD Interactive, kerja animasi...adoila. Semua datang serentak dan memang aku tak dapat nak elak atau nak tolak.

Tapi alhamdulilah dalam sibuk-sibuk ni dapat jgk aku menyiapkan storybook album untuk Shahrul dengan Nurul ni. dah pun dianta ke kilang untuk di print. Insyallah takde apa aral Jumaat ni siaplah album tu. Dapatlah pengantin bawa ke Kedah album tu untuk ditunjukkan kepada keluarga Shahrul di sana. Sampai ke Kedah album aku sampai ya...aku ke Kedah pun dah bertahun tak ke sana.

Antara rekaan storybook aku kali ini adalah seperti di bawah. Ringkas tapi kemas dan harap-harap pengantin suka.
cover
pg9-10
pg19-20

Storybook Album yang telah siap sepenuhnya dan akan diserahkan kepada pengantin.
cover
pages

All contents and photos are under copyright of ©RosliFoto.
Founder of FotoRepublic™

Saturday, November 14, 2009

Orang Gila!!!

Kita sering dengar dan melihat 'orang gila' atau orang kurang waras akal fikirannya. Ada yang mencaci, ada yang mengeji dan tak kurang juga menghina mereka-mereka ini. Tetapi berapa ramai antara kita yang sanggup berkawan atau sekurang-kurangnya menjaga kebajikan 'orang gila' ini?

Pernah tak kita terfikit, bahawa mereka ini dilahirkan bukan untuk menyusahkan orang lain apa lagi meminta dijadikan sebegitu. Tetapi lahirnya mereka ini adalah untuk menguji kita semua sebagai manusia yang budiman, bijaksana, gentleman...kononnyalah. Dapatkan kita menerima kehadiran mereka sebagai seorang manusia seperti kita?

Mereka lahir bukan untk dicaci, dimaki tetapi untuk disayangi dan dihargai. Renunglah seketika...lahirnya mereka dengan penuh suci, datangnya mereka adalah untuk menguji sejujur mana dan seikhlas mana kita sebagai seorang manusia.

I want to be alone...
*Sekadar gambar hiasan...

All contents and photos are under copyright of © RosliFoto™

Monday, September 14, 2009

New Editting

Ok, bulan posa ni mmg aku takde job untuk fotografi. Yang ada hanya gambar koleksi peribadi serta tugasan mencari bakal2 pengantin yang memerlukan khidmat Jurufoto. Adalah dapat 3, 4 orang sebab cuti sekolah ni pun dah dekat.
Selain dari itu aku ada cuba satu teknik baru yang agak cantik pada pandangan mata aku untuk digunakan semasa proses editting gambar aku kelak. Teknik ini dipanggil "lomo" atau senang cerita lebih kepada back to film basic. Dari segi warna, exposure lebih ke arah film dan teknik ini telah menjadi satu trend bagi proses editting sekarang ini.
Walaupun apa yang aku edit ini tidak sempurna seperti designer lain, aku rasa ok kot... So, bagi sesiapa yang ada editting lagi gempak dari ini, komenlah kat aku dan bagitau teknik yang sebetulnya...
3
1

All contents and photos are under copyright of © RosliFoto™

Wednesday, January 14, 2009

Rumah Tinggal...

Di sebelah rumah aku di kampung Sawah, ada sebuah rumah usang yang telah ditinggalkan oleh tuan rumah atas sebab2 yang aku sendiri tak tahu kenapa... Kalo aku tahu sebabnya sekalipun, peduli hapa kau diaorang nak duduk situ atau tidak. Rumah ni takdelah sunyi atau usang sgt tp kalo memalam tu seramlah jugak tgk rumah tu, maklumlah gelap...[ cover line ] 

Terlanjur aku blk kampung masa tu, aku round la kawasan rumah tu. Alamak, berkunci plak pintunya.. Dari tingkap yang telah pecah cerminnya, aku try shot beberapa keping gambar dgn harapan lepas aku edit nti, cantiklah gambar ni, hopefully... So, tgklah sendiri dan nilailah mcmana hasilnya...

All contents and photos are under copyright of SHUTTERADDICT.com