Pada hari ini, Sabtu, 1 November 2008. Alhamdulilah..aku masih diberi peluang untuk hidup sehari lagi. Sebenarnya aku diberi peluang untuk menebus segala dosa-dosa aku yang semalam. Bukan sekadar untuk menikmati hidup aku yang hanya tinggal bebehapa saja lagi. Tetapi juga belajar untuk mensyukuri dan menginsafi apa yang ada disekelilingku. Maha Besar kuasa Allah s.w.t.
Pagi ini hujan agak lebat sejak dari pukul 5.00 pagi lagi. Seawal jam 7.00 pagi, aku telah keluar dari rumah untuk bersarapan di gerai roti canai kegemaranku yang terletak di Kg Melayu Majidee. Walaupun cuaca agak dingin pagi ini dan suasana yang gelap kerana langit mendung tapi aku tetap keluar seawal pagi. Ini kerana aku hendak mengambil gambar suasana awal pagi dalam cuaca hujan.
Aku dapat bayangkan dengan suasana gelap dengan pantulan dari kilauan air dan dibantu dengan cahaya neon lampu-lampu jalan dan cahaya kenderaan, ianya pasti menarik. Cari spot-spot yang menarik ataupun boleh mengunakan subjek jika kebetulan ada. Tapi aku agak kecewa kerana terlupa bawa payung. tak dapatlah aku keluar dari kereta untuk cari angle atau spot yang lebih menarik.
No comments:
Post a Comment