Aku ke Melaka menaiki bas Jebat Ekspress, bertolak dari Larkin pukul 8.30 pagi. Sampai Melaka Sentral lebih kurang pukul 11 lebih, hampir tengah hari dah. Dari Melaka Sentral aku naik bas antara bandar untuk pergi ke Bandar Hilir, tambang RM1 aje..
Bebas rasanya dapat berjalan masa orang lain sedang berkerja, lapang je jalan raya... Tempat yang biasa jadi tumpuan orang ramai pun agak lengang, yang ada pun kebanyakkannya pelancong dari luar negara. Dari Jonker Street dari menapak, pusing keliling bandar sampailah kehilir Sungai Melaka. Penat gila ni, lenguh kaki dengan bahu aku :( Lepas tu aku berjalan naik ke arah Mahkota Parade, Dataran Pahlawan dan A'Famosa.
Tebing Sungai Melaka
Jonker StreetRumah Tradisional "Baba & Nyonya"Menara Taming SariMaaf tak tahu nama Bangunan ni.Sungai MelakaSebelah petangnya aku ke Masjid Selat. Selepas solat asar, aku tak lepas peluang amek gambar masjid tu. Cantik woo...masjid ni, maklumlah masjid baru.. atas air lagi tu. Macam kat Terengganu plak, Masjid Terapung.
Lebih kurang pukul 5.45ptg aku gerak ke Melaka Sentral untuk balik Ke Johor Bahru. Tiket bas pukul 6.30 ptg. Kesimpulan dari travel ni, aku agak puas hati sebab aku pergi sendirian. Walaupun penat gila, tapi seronok. Ok, jumpa pada travel yang akan datang...
No comments:
Post a Comment