Faizal dan tunangnya Zila telah membuka sebuah butik pakaian wanita di JB Wholesale Market, Pandan. Sebuah butik yang menumpukan kepada pakaian untuk bakal-bakal Ratu Sehari. Butik tersebut baru sahaja dibuka kira-kira sebulan yang lalu. Baju-baju yang terdapat dibutik ini adalah dari rekaan terbaru yang akan menjadi Persalinan Ratu Sehari. Pakaian tersebut di import terus dari pengilang di Indonesia.
Selain dari baju untuk bakal pengantin, butik ini juga menyediakan set-set aksesori untuk wanita, kain tudung dan blaus. Kepada yang berminat untuk mencuba atau yang berhajat untuk kejinjang pelamin, bolehlah singgah ke butik ZF Collection.
No comments:
Post a Comment