About Me

My photo
This is my PERSONAL BLOG. Co-founder of RossuStudios-JM0643374-X. A unique brand of photography which specific on wedding, event, sport & landscape photography. I'm very passionate photographer and ambitious. From a designer of animation software to a full-time photographer. Anything you want ask about my photography just dial my number or if you shy you can send by email :-) Thanks for visiting my blog and please come back often.

Monday, November 22, 2010

Wedding Day Hayati & Din

Pada hujung minggu yang lepas telah berlangsung majlis pernikahan dan persandingan diantara Norhayati dengan pasangannya Khairudin di Kg Sungai Kluang Laut, Renggit, Batu Pahat, Johor. Mereka berdua telah selamat diijabkabulkan pada malam 19hb November dan disandingkan pada 20hb November 2010. Dengan sekali lafaz mereka sah bergelar suami isteri.
Pada hari persandingan, hujan renjai pada sebelah pagi. Dengan tanah yang agak lembab, majlisnya tetap meriah dengan kehadiran tetamu dan saudara mara. Apa yang menarik pada majlis tersebut adalah semangat kekampungan yang masih kuat diamalkan iaitu gotong-royong. Tiada buffet atau catering, tetapi makanan akan dihidangkan dihadapan tetamu dengan layanan mesra dari kumpulan 'kendarat' wanita Kg Sungai Kluang Laut. Istimewa dan klasik! Tradisi turun temurun dari semangat orang Melayu.
Apapun, majlis Persandingan Norhayati dan Khairudin tetap meriah dan penuh dengan gelak tawa. Terima kasih juga untuk keluarga pengantin kerana layanan mesra dan kepercayaan kepada kami sebagai Jurugambar Rasmi untuk majlis tersebut.

Untuk pengantin, Selamat Pengantin Baru...

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

All contents and photos are under ©2009 copyright RosliFoto.Founder of FotoRepublic™

1 comment:

ed shahir said...

nice bro. lawa sangat. ni yang rasa tak sabar nak kawin nie. HAHA