Sempena bulan yang mulia ini ramai yang mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis perkahwinan serta pertunangan. Disamping mengambil berkat bulan mulia, cuti yang panjang memudahkan kunjungan dari sanak saudara ke majlis tersebut.
Pada Sabtu yang lalu iaitu 18 Septembar 2010 telah berlangsung majlis Pertunangan diantara Fidah dan Izwan di Kg Telok Kemang, Sungai Terap, Muar. Majlis berlangsung dalam suasana sederhana dengan kehadiran rakan-rakan dan sanak saudara. Walau majlisnya agak lewat tetapi alhamdulilah semuanya telah selamat diselesaikan dengan perjanjian diantara kedua belah keluarga.
Untuk Fidah & Izwan, selamat bertunang dan semoga berbahagia ke jinjang pelamin.







All contents and photos are under ©2009 copyright RosliFoto.Founder of FotoRepublic™
1 comment:
hahaaa...sorry coz mjlis terlambat....smpi nak amik gmbo outdoor pon x smpat.... tp x pe..kalo ade rzki kawen nnt sy pnggil agi ek...tp jgn serik plak....hihiii
Post a Comment