About Me

My photo
This is my PERSONAL BLOG. Co-founder of RossuStudios-JM0643374-X. A unique brand of photography which specific on wedding, event, sport & landscape photography. I'm very passionate photographer and ambitious. From a designer of animation software to a full-time photographer. Anything you want ask about my photography just dial my number or if you shy you can send by email :-) Thanks for visiting my blog and please come back often.

Friday, September 25, 2009

Hari Raya Photography

Tanpa dirancang setelah selesai makan di Saujana Gelang Patah, kami menuju ke Puteri Harbour di Nusajaya. Oleh kerana mood raya yang masih terasa, sesi fotografi ini juga bertemakan "Enjoy The Celebration" tehehehe...
Konsep bebas secara berkumpulan dan juga individu. Maka banyaklah adegan2 posing yang digayakan sehingga tahap extreme! Sungguh sukar untuk dipercayai tetapi inilah hakikatnya. Yang dipaparkan ini hanya yang biasa yang luarbiasa tidak dapat dilihat dengan mata kasar :-p
Puteri Harbour...cantik sekali tempatnya tetapi masih dalam proses pembinaan. Kawasan teluk buatan manusia yang menempatkan kapal2 layar melabuhkan sauhnya. Terdapat Club House untuk tuan punya kapal layar berehat sambil mencari maklumat. Apabila tempat ini siap kelak dalam masa beberapa bulan lagi, sudah pasti ianya hanya untuk mereka2 yang berpendapatan tinggi sahaja. Yang kureng tinggi tu sendiri mau ingatlah...

Puteri Harbour
Puteri Harbour 3
Puteri Harbour 2

All contents and photos are under copyright of © RosliFoto™

Thursday, September 24, 2009

Engagement

23 Sept 2009...aku tidak akan lupa tarikh itu untuk seumur hidupku, insyallah. Itu tarikh keramat kerana kenangan disebaliknya, suka dan duka, tawa dan ceria. 1001 cerita yang dikarang selama 3 tahun ini, dikukuh dengan janji yang tersemat rapi dari dalam sanubari.... Tiada siapa yang sempurna, cukuplah jika kita boleh menerima segala kelebihan dan kekurangan masing-masing. Sudah sifatnya manusia, hukum yang Empunya, janji Tuhan yang ESA. Setiap kaum Adam punya Hawa sebagai teman, dari 2 jiwa kepada 1 cinta.

b
Engagement
IMG_3217

All contents and photos are under copyright of © RosliFoto™

Wednesday, September 23, 2009

Nur Adlina Batrisya

Nur Adlina Batrisya namanya, secomel pipinya. Masa berlalu dengan pantas tanpa kita sedar, dia sudah berumur 5 bulan sekarang ini. Semakin membesar dan comel seperti aku jgk masa baby dulu. Semoga kamu membesar untuk menjadi wanita yang tabah dan solehah.

Nur Adlina Batrisya2
Nur Adlina Batrisya

All contents and photos are under copyright of © RosliFoto™

Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidilfitri

Hanya tinggal beberapa hari lagi kita semua, sedunia akan menyambut bulan Syawal yang penuh kemuliaan dan kemeriahan. Bulan Ramadhan Al-Mubarak akan ditinggalkan, menunggu tibanya tahun hadapan.
Sempena kehadiran Aidilfitri ini, aku memohon seribu kemaafan dari mereka-mereka yang pernah terasa hati akan sikap dan juga tutur kata dari aku sepanjang tahun ini. Maafkan aku sahabat...
Pada pengantin2 yang kenangannya pernah aku ambil...sepuluh jari ini aku susun memohon maaf andai ada yang terkurang atau terlebih semasa tugas itu aku lakukan. Sesungguh yang sempurna itu hnya datang dari Allah s.w.t.
Akhir kata aku ucap pada semua sahabat "Selamat Hari Raya Aidilfitri"

Salam Aidilfitri

All contents and photos are under copyright of © RosliFoto™

Monday, September 14, 2009

New Editting

Ok, bulan posa ni mmg aku takde job untuk fotografi. Yang ada hanya gambar koleksi peribadi serta tugasan mencari bakal2 pengantin yang memerlukan khidmat Jurufoto. Adalah dapat 3, 4 orang sebab cuti sekolah ni pun dah dekat.
Selain dari itu aku ada cuba satu teknik baru yang agak cantik pada pandangan mata aku untuk digunakan semasa proses editting gambar aku kelak. Teknik ini dipanggil "lomo" atau senang cerita lebih kepada back to film basic. Dari segi warna, exposure lebih ke arah film dan teknik ini telah menjadi satu trend bagi proses editting sekarang ini.
Walaupun apa yang aku edit ini tidak sempurna seperti designer lain, aku rasa ok kot... So, bagi sesiapa yang ada editting lagi gempak dari ini, komenlah kat aku dan bagitau teknik yang sebetulnya...
3
1

All contents and photos are under copyright of © RosliFoto™