Pada 11.11.2011 mereka telah sah bergelar suami isteri dalam satu majlis pernikahan. Kini pada 03.12.2011 majlis meraikan pasangan pengantin ini telah dilangsungkan dalam suasana penuh meriah serta serba sederhana. Majlis persandingan dengan kehadiran tetamu serta saudara mara menceriakan lagi majlis tersebut.
Apa yang menarik dan lainnya majlis persandingan mempelai ini adalah pasangan yang diraikan seramai 3 pasangan pengantin! Bukan hanya pasangan Intan serta Hafidz tetapi 2 orang adik Intan juga diraikan dalam majlis yang sama. Mereka telah bernikah selepas majlis pernikahan Intan tempoh hari dan juga telah diraikan di rumah pengantin perempuan dan kini tiba giliran rumah pengantin lelaki yang sengaja dirancang untuk diraikan bersama-sama 3 beradik.
Suasana menjadi bertambah meriah kerana pasangan dirai dan diarak secara bergilir-gilir sebelum duduk di atas pelamin. Ini juga adalah pengalaman pertama saya selama 3 tahun sebagai jurugambar perkahwinan menyaksikan majlis persandingan dalam satu keluarga seramai 3 pasang pengantin.
All contents and photos are under ©2011 copyright RosliFoto.




0 comments:
Post a Comment