Menu

About Me

My Photo
A new brand of photography which specific on wedding, event, sport & landscape photography. Very passionate photographer and ambitious. Thanks for visiting my blog and please come back often.

Wednesday, November 24, 2010

Reception Day Khairil & Azlin

Pada hujung minggu yang lepas, Sabtu dan Ahad, 20 dan 21hb November 2010, team FotoRepublic telah ditugaskan satu amanah untuk tugasan fotografi di Felda Taib Andak, Kulaijaya. Tugasan tersebut untuk majlis pernikahan dan juga persandingan diantara Khairil dan pasangannya Azlin. 20hb November adalah majlis pernikahan yang diadakan pada sebelah petang selepas asar di rumah pengantin perempuan. Dan majlis persandingan pada hari Ahad 21hb November selepas zohor.

Untuk majlis pernikahan, saudara Sazlie dan Sukh telah ditugaskan pada acara tersebut. Manakala acara persandingan saudara Rosli mengambil giliran untuk membuat tugasan. Alhamdulilah dengan kerjasama dari ahli-ahli FotoRepublic semuanya berjalan lancar disamping keluarga pengantin dan pengantin sendiri yang cukup sporting. Majlis cukup meriah dengan keletah anak-anak buah pengantin dan juga celoteh pak andam yang memang riuh rendah, hehehehe... Untuk abg Adie dan abg Sam, insyallah lain masa kita boleh kerjasama lagi...

Buat pasangan Khairil dan Azlin, Selamat Pengantin Baru...

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

All contents and photos are under ©2009 copyright RosliFoto.Founder of FotoRepublic™

Monday, November 22, 2010

Wedding Day Hayati & Din

Pada hujung minggu yang lepas telah berlangsung majlis pernikahan dan persandingan diantara Norhayati dengan pasangannya Khairudin di Kg Sungai Kluang Laut, Renggit, Batu Pahat, Johor. Mereka berdua telah selamat diijabkabulkan pada malam 19hb November dan disandingkan pada 20hb November 2010. Dengan sekali lafaz mereka sah bergelar suami isteri.
Pada hari persandingan, hujan renjai pada sebelah pagi. Dengan tanah yang agak lembab, majlisnya tetap meriah dengan kehadiran tetamu dan saudara mara. Apa yang menarik pada majlis tersebut adalah semangat kekampungan yang masih kuat diamalkan iaitu gotong-royong. Tiada buffet atau catering, tetapi makanan akan dihidangkan dihadapan tetamu dengan layanan mesra dari kumpulan 'kendarat' wanita Kg Sungai Kluang Laut. Istimewa dan klasik! Tradisi turun temurun dari semangat orang Melayu.
Apapun, majlis Persandingan Norhayati dan Khairudin tetap meriah dan penuh dengan gelak tawa. Terima kasih juga untuk keluarga pengantin kerana layanan mesra dan kepercayaan kepada kami sebagai Jurugambar Rasmi untuk majlis tersebut.

Untuk pengantin, Selamat Pengantin Baru...

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

All contents and photos are under ©2009 copyright RosliFoto.Founder of FotoRepublic™

Tuesday, November 16, 2010

Wedding Day Amirul & Ariza

Atas rasa cinta, kasih, jujur dan setia...mereka berdua telah berjanji untuk kekal bersama dalam jalinan ikatan yang sah iaitu ukatan perkahwinan. Pasangan Amirul dan Ariza telah selamat diijabkabulkan pada petang Jumaat 12hb November 2010. Dengan sekali lafaz mereka berdua bergelar suami dan isteri.
13hb November 2010 adalah majllis persandingan mereka sebagai Raja Sehari. Suasana meriah dengan sanak saudara telah menceriakan majlis tersebut. Walaupun panas tidak sampai ke petang, majlis tersebut berjalan lancar tanpa sekatan kecuali sekatan "tol" sahaja semasa perarakkan pengantin lelaki.
Untuk pasangan Amirul & Ariza, Selamat Pengantin Baru dari FotoRepublic semoga berbahagia ke akhir hayat...

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

All contents and photos are under ©2009 copyright RosliFoto.Founder of FotoRepublic™

Monday, November 8, 2010

Persandingan Ina & Cha

6hb November 2010, tarikh persandingan diantara Ina & Cha. Pengantin perempuan dari Kg Seri Bunian, Pontian dan pengantin lelaki dari Klang, Selangor. Dipertemukan jodoh mereka berdua dan berjanji setia dalam melayari bahtera alam rumahtangga. Semoga jodoh antara mereka berdua dipanjangkan dan beroleh kebahagiaan.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

All contents and photos are under ©2009 copyright RosliFoto.Founder of FotoRepublic™

Friday, November 5, 2010

Photobook Design

Salam para pembaca...

Pada beberapa posting yang lepas, saya ada membuat beberapa tutorial mengenai teknik-teknik fotografi dengan serba ringkas. Antara tekniknya adalah seperti "close-up, vertorama dan slow shutter". Terima kasih atas segala maklum balas yang saya terima dan maaf jika terdapat banyak kekurangan pada tutorial tersebut.

Untuk posting kali ini pula saya akan menyentuh mengenai rekaan Photobook. Ramai jurugambar diluar sana tahu apa itu photobook dan bagaimana hendak menghasilkan rekaannya. Akan tetapi ada jug ayang masih belum biasa melihat dan menghasilkan photobook. Rekaannya mudah, ringkas dan kualitinya juga amat baik jika kita pandai memilih jenis kertas dan setting warna yang bertepatan.

Merekabentuk photobook ini tidak sama seperti kita mereka storybook atau custom album. Jika pada storybook kita mereka 2 mukasurat pada satu fail akan tetapi photobook memerlukan 1 muka surat sahaja untuk 1 fail gambar. Jika saiz photobook anda 8inci x 12inci, saiz fail yang perlu anda setting juga adalah 8inci x 12inci. Tidak seperti storybook saiz fail akan menjadi 8inci x 24inci kerana 2 muka surat akan dicantumkan menjadi 1 fail. Disni saya akan terangkan langkah-langkah dengan lebuh ringkas.

Aturcara merekabentuk :

1- Buat "new file" dengan saiz photobook yang anda kehendaki dengan "resolution" yang agak tinggi.

Photobucket

2- Bahagikan bahagian antara "work area" anda dengan "space area" jika rekaan anda memerlukan ruang kosong. Saya memerlukan sapce area yang kosong di atas dan juga di bawah agar photobook saya akan kelihatan seperti menonton wayang apabila melihat gambar di dalamnya. Rekaan pada tahap ini terpulang pada anda samada hendak rekaan penuh ataupun separuh saja.

Photobucket

3- Kemudian pilih gambar yang sesuai dan drag gambar tersebut ke dalam fail yang telah di setting. Resize gambar tersebut mengikut kreativiti anda. Kemudian guna tool "rectangular marquee tool" (arrow merah) untuk crop gambar tersebut mengikut "line area" yang telah anda tetapkan.

Photobucket

4- Setelah itu, gambar yang telah anda crop tadi bolehlah diedit mengikut citarasa anda sebagai seorang pereka untuk mendapatkan hasil yang baik dari segi rekaan album. Apabila siap edit gambar tersebut, maka siaplah 1 muka surat untuk photobook. Ulang kembali langkah-langkah tadi untuk muka surat yang seterusnya sehingglah ke muka surat akhir.

Photobucket

Selamat mencuba....terima kasih :-)

All contents and photos are under ©2009 copyright RosliFoto.Founder of FotoRepublic™