About Me

My photo
This is my PERSONAL BLOG. Co-founder of RossuStudios-JM0643374-X. A unique brand of photography which specific on wedding, event, sport & landscape photography. I'm very passionate photographer and ambitious. From a designer of animation software to a full-time photographer. Anything you want ask about my photography just dial my number or if you shy you can send by email :-) Thanks for visiting my blog and please come back often.

Friday, October 29, 2010

Aur Island/Pulau Aur @ Mersing, Johor.

Minggu yang lalu saya dan isteri telah mengunjungi Pulau Aur dan juga Pulau Dayang yang terletak di perairan Mersing, Johor. Pulau-pulau tersebut adalah antara pulau yang sangat popular kepada para penyelam samada dari dalam atau luar negara. Dengan ketenangan dan kejernihan airnya yang menghijau, dasar laut di Pulau Aur dan Pulau Dayang merupakan syurga kepada terumbu karang dan hiduppan laut seperti ikan-ikan.

Walaupun perjalanan menaiki bot atau feri ke pulau tersebut agak lama iaitu hampir 6 jam jika menggunakan bot biasa dan 4 jam jika menggunakan feri. Semangat untuk kesana sentiasa berkobar setelah selalu mendengar tentang keindahan pulau-pulau tersebut dari mereka yang pernah mengunjunginya sebelum ini.

Tetapi agak menggecewakan sedikit kerana cuaca jerebu yang melanda johor pada masa ini menjejaskan pemandangan di pulau-pulau tersebut. Suasana malam juga agak suram kerana tiada kelihatan bulan atau bintang dilangit. Apapun, percutian ini sungguh berbaloi...
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

All contents and photos are under ©2009 copyright RosliFoto.Founder of FotoRepublic™

Tuesday, October 26, 2010

KONVOKESYEN KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU

Pada 20 dan 21 Oktober yang lalu telah berlangsungnya majlis konvokesyen Puan Edayu[isteri aku :-)] di PICC, Putrajaya. Konvokesyen kali ke-6 dari Kolej Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh. Buat isteriku, sekalung tahniah dan semoga terus maju jaya dalam kerjaya.
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

All contents and photos are under ©2009 copyright RosliFoto.Founder of FotoRepublic™

Monday, October 11, 2010

Pertunangan Zaki & Fiza

10/10/10 merupakan tarikh keramat dan penuh bersejarah untuk pasangan bertunang Syed Zaki dan Nor Hafidzah. Pada tarikh ini mereka telah bertunang sebagai tanda janji untuk bersama pada suatu hari nanti.

Majlis berlangsung di rumah Nor Hafidzah yang terletak di Kg Daeng Machining, Rengit. Suasana majlis agak riuh dan meriah dgn kehadiran rakan dan saudara mara. Setelah perbincangan diantara kedua keluarga disepakat, janji telah terpatri untuk disempurnakan suatu hari nanti. Semoga tali pertunangan yang dijalinkan ini berkekalan ke jinjang pelamin. Amin...

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

All contents and photos are under ©2009 copyright RosliFoto.Founder of FotoRepublic™

Friday, October 8, 2010

Monday, October 4, 2010

Petunangan Hayati & Izzat

03 Oktober 2010 adalah hari pertunangan diantara Hayati dan Izzat. Majlis telah selamat disempurnakan di rumah ibu bapa Hayati di Felda Bukit Ramon, Kulai, Johor. Majlis serba sederhana tetapi meriah dengan kehadiran saudara mara tuan rumah dan juga sahabat handai Hayati. Rombongan pertunangan dari Kuala Lumpur telah selamat tiba ke Bukit Ramon lebih kurang pukul 11.20 pagi. Kehadiran rombongan dari pihak lelaki juga agak ramai dan suasana menjadi lebih meriah. Dan setelah perbincangan dipersetujui bersama diantara kedua keluarga, majlis menyarung cincin dilangsungkan sebagai tanda bertunang.

Kepada Yati & Izzat, selamat bertunang dan semoga berbahagia ke jinjang pelamin...

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

All contents and photos are under ©2009 copyright RosliFoto.Founder of FotoRepublic™