Menu

About Me

My Photo
A new brand of photography which specific on wedding, event, sport & landscape photography. Very passionate photographer and ambitious. Thanks for visiting my blog and please come back often.

Monday, September 20, 2010

Pertunangan Fidah & Izwan

Salam Aidilfitri untuk semua para sahabat blog dan juga pengunjung setia. Suasana raya masih lagi segar, suara takbir masih lagi berkumandang dengan kenangan yang akan terkenang-kenang. Ziarah- menziarahi masih lagi diamalkan dan menjadi suatu kemestian pada bulan yang mulia ini disamping bermaafan sesama saudara dan taulan adalah kewajipan.

Sempena bulan yang mulia ini ramai yang mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis perkahwinan serta pertunangan. Disamping mengambil berkat bulan mulia, cuti yang panjang memudahkan kunjungan dari sanak saudara ke majlis tersebut.

Pada Sabtu yang lalu iaitu 18 Septembar 2010 telah berlangsung majlis Pertunangan diantara Fidah dan Izwan di Kg Telok Kemang, Sungai Terap, Muar. Majlis berlangsung dalam suasana sederhana dengan kehadiran rakan-rakan dan sanak saudara. Walau majlisnya agak lewat tetapi alhamdulilah semuanya telah selamat diselesaikan dengan perjanjian diantara kedua belah keluarga.

Untuk Fidah & Izwan, selamat bertunang dan semoga berbahagia ke jinjang pelamin.
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

All contents and photos are under ©2009 copyright RosliFoto.Founder of FotoRepublic™

Wednesday, September 8, 2010

Salam Aidilfitri

Ramadhan sudah sampai kepenghujungnya, jika panjang umur kita insyallah tahun depan berjumpa lagi. Kami dari FotoRepublic ingin mengambil kesempatan pada hari ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya yang bakal tiba beberapa hari saja lagi. Kami juga memohon sejuta kemaafan kepada semua kenalan dan sahabat handai, serta kepada sesiapa juga yang mengenali FotoRepublic. Harap dihalalkan segala yang termakan dan terminum.

Akhir kata dari kami "Salam Aidlfitri, Maaf Zahir & Batin"
Berhati-hati semasa memandu, semoga berbahagia di Aidilfitri...

Wassalam...

Selamat Hari Raya...

All contents and photos are under ©2009 copyright RosliFoto.Founder of FotoRepublic™

Friday, September 3, 2010

Ekspedisi Gunung Pulai

Beberapa hari yang lepas dalam bulan Ramadhan, aku dan beberapa orang sahabat photographer telah melakukan satu ekspedisi mencari matahari dan juga mencari air tejun di Gunung Pulai yang terletak di Kampung Maju Jaya, Pekan Nanas. Ekspedisi bermula selepas subuh lebih kurang pukul 6 pagi. Akan tetapi agak lewat skit kami bertolak oleh kerana hari hampir hujan dan gerimis telah turun pada pagi itu, hampir juga dibatalkan programnya.

Tiba dilokasi sekitar jam hampir ke pukul 7 pagi, matahari juga sudah separuh kelihatan di balik Gunung Pulai. Dapat juga kami 3, 4 keping gambar matahari terbit pada pagi itu, tidaklah terlalu kecewa.
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Setelah selesai dilokasi pertama, kami bergerak kelokasi seterusnya iaitu ke Air Terjun Gunung Pulai yang mengambil masa kira-kira 15minit perjalanan. Jalan yang agak berliku di sebalik kawasan kampung dan kebun kelapa sawit. Apabila sampai kawasan air terjun tersebut agak sunyi kerana masih awal pagi dan kebetulan bulan puasa. Ini memudahkan kami untuk bergerak bebasa dan mencari sudut-sudut atau lokasi-lokasi yang difikirkan sesuai untuk mengambil gambar.
Photobucket
Photobucket
Photobucket

All contents and photos are under ©2009 copyright RosliFoto.Founder of FotoRepublic™